Monday, 19 May 2014

Minggu 11


Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Hasnah atas nasihat beliau mengenai "plagiarism". Berkali-kali beliau mengingatkan agar "no plagiarism" dan pada kali ini beliau menunjukkan software "Turn It In" untuk mengesan aktiviti plagiarisme. Insyaallah Dr saya akan ingat pesanan Dr sampai bila-bila.

Perbincangan pada kali ini lebih kepada struktur organisasi dan jenis-jenisnya. Syukur kerana saya mendapat ilmu baru apa itu sebenarnya departmentalization, function, process, product, market, customer, matrix dan contigency approach. Semua yang saya pelajari pada hari ini merupakan pengalaman baru buat saya.


Kami dikehendaki merekabentuk organisasi pusat sumber serta organisasi sekolah. Hasil perbincangan saya mendapat pelbagai idea bentuk organisasi yang terbaik yang boleh diaplikasikan di sekolah mahupun pusat sumber.


Satu kesimpulan menarik yang diberi oleh Dr Hasnah pada kali ini adalah sepatutnya Guru Pusat Sumber terus kepada Pengetua atau Guru Besar memandangkan tugas dan peranan PUsat Sumber kepada sekolah.


Puan Sarah seterusnya membentangkan mengenai kekurangan latihan  yang sewajarnya kepada kakitangan pusat sumber. Pembentangan beliau sungguh bertenaga dan jelas. Kesimpulan dari beliau, latihan yang sewajarnya pada peringkat awal perlu di beri kepada guru pusat sumber bagi memastikan keberkesanan pusat sumber tercapai.

Wednesday, 16 April 2014

Minggu 10

Assalammualaikumm

minggu ni kelas bermula dengan sambungan pembentangan dari sahabat-sahabat saya.. Azhan.. tajuk yang dibentangkan adalah "The role of resource center in enhancing students achievement". Beliau memberi penerangan secara mendalam mengenai kaedah serta peranan pusat sumber dalam meningkatkan kejayaan pelajar.

Kepentingan pusat sumber sebagai pusat literasi ilmu.. dimana ilmu berkembang dan diperolehi . Memang wajib bagi setiap pelajar untuk hadir ke pust sumber sebagai nilai tambahan untuk peningkatan ilmu..

Selepas habis pembentangan. Dr. Hasnah terus menyambung penerangan beliau berkenaan konsep kepimpinan yang betul pada masa yang betul..

Wednesday, 9 April 2014

Minggu 9

Minggu nie saya membuat pembentangan berkenaan

" Digital libraries in the 21st century.From different perspectives "

Bermacam-macam kajian tentang perpustakaan menjelang abad ke 21. Pada peringkat awal tajuk ni macam membebankan saya.. sebab saya tidak tahu bila dan dan dimana hendak bermula.. pikir punya pikir saya buat juga lah ..

Sunday, 6 April 2014

Minggu 8


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Minggu ini adalah cuti pertengahan Sem...

30 Mac- 05 April 2014


Saturday, 29 March 2014

Minggu 7


Minggu ini saya tidak dapat hadirkan diri ke kelas Organization..

Disebabkan saya pulang ke Kluang kerana Makcik saya telah meninggal dunia.. saya perlu catchup semula subjek yang tertinggal nie

Monday, 17 March 2014

Minggu 6

Minggu ini  kelas dimulakan dengan pembentangan sahabat saya yang seterusnya En Muhd Saiful Nizam dengan tajuk "Aplikasi Prinsip Pengurusan Henry Fayol dalam menguruskan Pusat Sumber". Kali ini lebih jelas lagi penerangan tentang teori pengurusan Hanry Fayol iaitu 5 elemen pengurusan dan 14 prinsip pengurusan.

Dr Hasnah mengupas dengan lebih lanjut berkenaan 14 prinsip pengurusan Hanry Fayol dalam pengurusan pusat sumber.

Seterusnya beliau meminta kami menjawab kuiz menggunakan laman web Socrative. Satu pengalaman baru buat saya menjawab kuiz secara online.



Setelah menjawab menggunakan quiz secara web socrative ini.. saya amat tertarik dengan kuiz secara web ini.. terima kasih doktor kerana memperkenalkan kepada saya tentang web ini..

Tuesday, 11 March 2014

Minggu 5

Minggu nie kelas bermula dengan pembentangan  Tugasan kedua..

Tugasan kedua diberikan mengikut individu.. setiap individu diberikan  tarikh dan tajuk tersendiri.. Sahabat saya Ahmad Fakharudin membentangkan tajuk Leadership - Pengaruh gaya kepimpinan dalam meningkatkan keberkesanan pusat sumber.

Selepas beliau membentangkang tajuk gaya kepimpinan ini.. Doktor mengajak berbincang bersama mengenai hasil pembentangan berkenaan gaya kepimpinan.. Gaya kepimpinan  adalah berkaitan dengan fungsi pengurus dan beberapa teori yang dikaitkan antaranya Teori pengurusan HENRY FAYOL


Tuesday, 4 March 2014

Minggu 4

Minggu ni kelas bermula dengan sambungan pembentang pusat sumber dari sahabat-sahabat yang lain..

Seterusnya kelas dimulakan oleh Dr. Hasnah dengan memberikan kami tugasan berkenaan organisasi..
Kumpulan kami membentangkan tentang gaya kepimpinan "Autocratic Leader".. Setiap Kepimpinan yang ada ini mempunyai perbezaan antara "Autocratic Leader", 'Democratic Leader" dan "Laissez Faire Leader". Input ini diperolehi semasa pembentangan dari kumpulan saya dan kumpulan lain.

Sedikit pengajaran pada minggu ini buat diri sendiri ialah saya sepatutnya membuat persediaan awal sebelum kelas seperti membaca nota yang disediakan dalam e-learning. Sememangnya maklumat akan bertambah jika kita bersedia sebelum memlukan pembelajaran.. Thanks doktor ingatkan saya semula..

Minggu 3

Minggu ini kelas bermula dengan pembentangan tugasan pertama yang telah diberikan pada minggu lepas..

Seperti biasa.. setelah saya sempurnakan tugasan pertama saya dengan datang ke KV Perdagngan Jb.. bertemu dengan Pn. Nor Azleen.. beliau sangat-sangat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan pertama saya..

Banyak ilmu pengurusan baru yang saya pelajari dari beliau..

Semasa pembentangan saya memberikan 4 dari 5 bintang untuk pusat sumber sekolah saya.. Walaupun sekolah saya mempunyai prasarana yang amat baik dan sempurna dari sekolah rakan-rakan yang lain.. Malangya sifat pelajar-pelajar sekolah KV Perdagangn JB masih lagi tidak berubah iaitu jarang ke pusat sumber.. :)

Seterusnya pembentangan saya dikupas oleh Dr. hasnah. terdapat kekurangan pada buku rekod panggilan.. Terima kasih doktor..

Minggu 2

Minggu ni kelas dikendalikan oleh Dr. Hasna.. Beliau menerangkan tentang konsep organisasi dengan konsep organisasi sekolah dan pusat sumber. Secara peribadi saya tidak berapa minat dengan pengurusan.. tetapi saya perlu belajar sesuatu yang baru.. So i take it as challenge.


Tugasan Pertama, membuat kajian mengenai Pusat Sumber sekolah di berikan. Sememangnya saya akan ditugaskan untuk pergi ke sekolah lama saya dan membuat tugasan pertama mengikut format yang diberikan..

Emm.. kepala dah terbayang kena jumpa puan nor azleen, guru pusat sumber sekolah saya. Kolej Vokasional Perdagangan JB..

Minggu 1

Minggu pertama.. saya masih belum daftar subjek nie... sorry

Monday, 3 March 2014

Hye .. Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Saya Alwee Bin Shamrin, Master Teknologi Pendidikan UTM sesi 2013/2014. Matrik no MP132058 

Alhamdulillah kali nie saya diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk mempelajari subjek Administration & Organization.. 
Pensyarah untuk subjek ini ialah Dr. Hasna dan Dr. Syafie ..

Pastinya belajar tentang pengurusan organsasi..ok jumpa lagi...