Monday, 19 May 2014

Minggu 11


Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Hasnah atas nasihat beliau mengenai "plagiarism". Berkali-kali beliau mengingatkan agar "no plagiarism" dan pada kali ini beliau menunjukkan software "Turn It In" untuk mengesan aktiviti plagiarisme. Insyaallah Dr saya akan ingat pesanan Dr sampai bila-bila.

Perbincangan pada kali ini lebih kepada struktur organisasi dan jenis-jenisnya. Syukur kerana saya mendapat ilmu baru apa itu sebenarnya departmentalization, function, process, product, market, customer, matrix dan contigency approach. Semua yang saya pelajari pada hari ini merupakan pengalaman baru buat saya.


Kami dikehendaki merekabentuk organisasi pusat sumber serta organisasi sekolah. Hasil perbincangan saya mendapat pelbagai idea bentuk organisasi yang terbaik yang boleh diaplikasikan di sekolah mahupun pusat sumber.


Satu kesimpulan menarik yang diberi oleh Dr Hasnah pada kali ini adalah sepatutnya Guru Pusat Sumber terus kepada Pengetua atau Guru Besar memandangkan tugas dan peranan PUsat Sumber kepada sekolah.


Puan Sarah seterusnya membentangkan mengenai kekurangan latihan  yang sewajarnya kepada kakitangan pusat sumber. Pembentangan beliau sungguh bertenaga dan jelas. Kesimpulan dari beliau, latihan yang sewajarnya pada peringkat awal perlu di beri kepada guru pusat sumber bagi memastikan keberkesanan pusat sumber tercapai.

No comments:

Post a Comment